Tuesday 31 July 2012

Sandakan

























Saya pernah tinggal dan bekerja di Sandakan lebih kurang dua setengah tahun. Bagi saya Sandakan adalah tempat yang menarik dan sesuai untuk saya.  

Sandakan hanyalah sebuah pekan kecil yang sedang membangun. Pekannnya tidaklah begitu cantik dan taklah sibuk seperti Kuala Lumpur.  Pada mulanya memang susah untuk menyesuaikan diri kerana environment dan masyarakat yang berbeza. First few months memang menyiksakan kerana rindu pada keluarga dan masakan Semenanjung. Lama-kelamaan bolehlah adapt dengan environment dan masyarakat di sini.

Paling saya suka di Sandakan adalah seafoods. Semuanya murah-murah belaka. Tinggal beberapa bulan di Sandakan, kolestrol dalam badan pun naik sehingga saya dinasihatkan oleh doktor untuk mengurangkan makan seafood terutama ketam, sotong dan udang. It's hard to resist. :-)

Kedai-kedai yang ada di sini pun tutup pada pukul lima atu enam petang semasa mula-mula saya datang ke Sandakan. Pekan menjadi sunyi selepas pukul 6 petang.

Banyak lagi yang menarik di Sandakan dan Sabah. Panjang berjela jika nak diceritakan. Next time saya akan bercerita dan upload banyak lagi gambar-gambar yang menarik di Sandakan dan sekitar Sabah.

Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment