Tuesday 31 July 2012

Bermulanya Hari Yang Baru

Salam dan selamat sejahtera kepada semua.

Saya bercadang untuk membuat blog saya sendiri sejak lama dulu dan baru sekarang saya berpeluang untuk melaksanakannya.

Blog ini bukan sahaja mengenai kraftangan tetapi ia juga mengenai kehidupan/pengalaman saya dan saya ingin berkongsi dengan semua pembaca di luar sana. Kalau perkara yang baik bolehlah dijadikan ikutan dan yang tak elok tu dijadikan sempadan.

Saya suka kraftangan samada daripada kertas, kain, bahan-bahan terbuang dan apa-apa saja. Selain itu saya juga suka memasak dan photograhy. Saya tidaklah berapa pandai dan bukan untuk menunjuk-nunjuk cuma sekadar ingin berkongsi sahaja.

Segala kekurangan harap dimaafkan dan segala tunjuk-ajar dan komen adalah dialu-alukan.


Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment